Thursday 3 August 2017

Apabila kita rasa tak diperlukan jangan tinggalkan rasa sedih atau bersalah 
Just leave because you know don't have the reason to stay 






Kau hadir tanpa diduga,
Kau pergi tanpa dipinta,
Itulah lumrah kehidupan,
Kasih dan sayang itu adat,
Mencintai dan dicintai itu indah,
Tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

Andai dunia mengetahui,
Apa isi di dalam hati,
Sudah pasti dia berbicara,
Andai dunia membenciku,
Hanya kau yang aku ada,
Mutiara putih sudah menjadi peneman,
Apa itu bahagia,
Aku sendiri belum memahaminya.

Andai aku seorang pelukis,
Sudah pasti kucoretkan,
Andai aku seorang doktor,
Sudah tentuku rawat,
Andai aku sekeping kertas,
Sudah tentu aku menjadi penselnya,
Tetapi aku tidak terdaya,
Kerana semuanya sudah tertulis,
Aku terima seadanya,
Kerana manusia dan masalah tidak boleh dipisahkan,
Bagai laut dengan pantai.